Friday 23 December 2011

BLIGHTED OVUM

memandangkan aku telah 2 kali keguguran, banyak yang telah aku google untuk megetahui apa yang sebenarnya telah terjadi pada physiology badanku sehingga menyebabkan aku keguguran... and i think dis is da one what is actually happened on my pregnancy selain dari belum ada rezeki dari yang ESA...
(google2 n jumpa di alamhamil.com)
.
.
.
.
.
Blighted ovum terjadi kerana apabila berlaku persenyawaan dan implantasi, cuma pembentukan uri sahaja yang berlaku tetapi janin tidak terbentuk. Ia selalunya akan berlaku pada 6-12 minggu kehamilan dan penyebab utama keguguran pada trimester pertama.

 

Apa yang berlaku?

Setelah implantasi berlaku, selalunya kehamilan akan berlaku seperti biasa, walau bagaimanapun, sekiranya janin tidak normal, proses kehamilan akan terganggu dan berhenti. Ini adalah cara untuk badan kita mempastikan cuma janin yang normal sahaja akan membentuk dan membesar. Ia kebanyakan berpunca oleh kromosom yang tidak normal samada dari sperma atau telur.
Walaupun blighted ovum ini kerap berlaku, tetapi ia jarang terjadi 2 kali berturut-turut kepada wanita yang sama. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku keguguran berulangan, doktor mungkin akan membuat penyiasatan yang lebih mendalam. Ia juga boleh berlaku pada kandungan kembar, di mana salah satu telur yang bersenyawa tidak berkembang manakala yang satu lagi membentuk seperti biasa. Ini dipanggil blighted twin.

 

Masih rasa hamil

Walaupun janin tidak membesar, selalunya wanita begini masih merasa seperti wanita hamil yang lain kerana hormon kehamilan masih ada di dalam badan, dan sekiranya ujian kehamilan dilakukan ia masih lagi positif.

 

Tanda-tanda

Tanda-tanda biasa termasuklah pendarahan kecil, sakit ari-ari dan pendarahan dari faraj. Ujian ultra-bunyi akan memberikan kepastian samada janin masih hidup atau mati. Ia selalunya akan menunjukan karung kosong tanpa janin di dalamnya.

 

Dapatkan rawatan

Blighted ovum selalunya akan gugur sendiri secara beransur-ansur tetapi kebanyakan wanita memilih untuk menjalani D&C sebaik sahaja diagnosa dibuat. Bagi mereka yang mengalami komplikasi seperti jangkitan kuman, kesakitan atau pendarahan yang banyak, D&C akan disarankan kerana ia boleh membahayakan rahim.
D&C adalah satu prosedur kecil di mana tisu yang tertinggal akan disedut dan dikikis keluar (scrape) dengan berhati-hati. Walaupun ia tidak merbahaya, ada sedikit risiko parut pada rahim yang boleh memberi kesan kepada kesuburan.

 

Peluang hamil pada masa hadapan

Blighted ovum tidak memberi kesan terhadap kesuburan anda dan kebanyakan wanita (>80%) akan hamil secara normal tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar anda menunggu selama 2-3 bulan selepas ia berlaku untuk badan dan emosi anda pulih sepenuhnya.

Wednesday 21 December 2011

entry tertunggak

entry ni dah lama giler dlm draf aku... camner bleh xprasan.
okis, 4 hb 12, genapla umurku yang ke-sweet 27.. huhuhu. eventho umur ku dah 27 tahun tapi,
aku rasa aku ni still sweet 17teen.. hehehahahuhuhu ceh..perasan jer lebey
actually awal2 lagi hubby suh aku pilih tempat untuk celebrate birthday aku.. tp, memandangkan skang ni heboh ngan citer ombak rindu, so aku decide nk gi mid valey jer. nk smbut birthday ngan suamiku bersama2 citer ombak rindu supaya lebih romantik gitu.. hehehe..
tapi, semuanya terpaksa dibatalkan disbbkan back pain yang aku alami.. back pain smpai rasa xleh nak gerak.. mayb effect dari kandunganku.
so, for da whole day aku dok melepek jer kat umah.. berombak sakit rindu kat umah ler jawabnya.
biler da petang skit, back pain aku da mcm kureng skit.. so, dgn semangat berkobar2 sbb da lama xguna oven, aku decide utk buat kek sempena harijadi ku..
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
 tada..... da siap pun sessi membaking kek untuk diri sendiri..


brownies marble cheese cake for my birthday..nyumnyum

Tuesday 20 December 2011

BROWNIES MARBLE CHEESE CAKE


BMCC 2nd trial



BMCC 1st trial




BAHAN-BAHAN BROWNIES

250 gram butter
1 cawan serbuk koko
3 bj telur
1 1/2 cawan gula castor
1 1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicabonat
1 tsp vanila


CARA-CARA

1. Cairkan butter dan masuk serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwish gula n telur kacau  sebati.
3. Masukkan adunan telur ke dalam adunan buter n koko tadi.
4. Masukkan  susu cair 
5. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan tepung yg  telah diayak.
6. Panaskan  oven pade suhu 175 C
7. Alas loyang  10x10 dan grese proof paper biar kertas berjuntai supaya mudah  untuk mengeluarkan brownis.
8. Bakar selame 20 minit menggunekan api atas bawah


** simpan sedikit adunan untuk proses melorek

BAHAN LAPISAN CHEESE

250 grm chese cream
1 cwn gula castor
1 bjik telur


CARA-CARA
1. Putar cream cheese dan gule hingge kembang
2. Masukkan telur dan putar lagi
3.Keluarkan kek dari oven dan letak adunan chesse dan ratekan
4.Lorekkan menggunekan lebihan adunan kek tadi
5. Bakar selame 20 minit hingge 30 minit lagi.


** Biarkan cheese di suhu bilik untuk melembutkannya.


lapisan atas - adunan cheese

lapisan brownies - siap sedia utk di bakar

lapisan brownies + cheese + hiasan = sebelum di bakar

siap sedia utk di mamam - BMCC 1st trial

***love dis cake so much.. so cheesy + moist brownies***

thanks to kakzu for sharing dis recipes

Saturday 17 December 2011

What is D&C

sedikit informasi yang di ambil dr Mr google mengenai D&C untuk rujukan di masa hadapan..


Definition

Dilation is done to open and widen the cervix. The cervix is the entrance to the uterus.
Curettage is used to sample the lining of the uterus. The lining is known as the endometrium.

 

Parts of the Body Involved

  • Vagina
  • Cervix
  • Uterus
Dilation and Curettage
dilation and curretage

 

Indications

D&C is indicated to determine conditions that cause abnormal bleeding:
  • Miscarriage
  • Irregularities in menstrual bleeding
  • Postmenopausal bleeding
  • Endometrial polyps
  • Endometrial hyperplasia
  • Endometrial cancer 

 

Description of the Procedure

A pelvic exam is done to find out the size and location of the uterus. The vagina and cervix is cleaned with an antiseptic solution. A speculum is placed in the vagina. An instrument called a cervical dilator is placed into the cervical canal. A scoop-shaped instrument, called a curette, is inserted. It is used to scrape the uterine lining and remove tissue through the vagina. After sampling the endometrium, the instrument is removed from the cervix.

 

After Procedure

The tissue is evaluated in a lab.
After the procedure, be sure to follow your doctor's instructions .
Will It Hurt?
General anesthesia will prevent pain during the D&C. With local anesthetic, most report feeling some cramping and back pain. It may last for a day after the procedure. Over-the-counter pain medications or a mild prescription drug are all that is usually needed to relieve minor discomfort.

 

Possible Complications

  • Complications related to the anesthetic
  • Injury to the cervix with cervical laceration
  • Scarring of endometrial lining
  • Infection of the uterus or fallopian tubes
  • Uterine perforation (hole in the uterus) leading to possible bowel perforation or significant amount of bleeding into the uterus
  • Hemorrhage that may require a blood transfusion
  • Damage to bowel omentum, mesentery, ureter, bladder, and fallopian tube
  • Puncture of the uterus
  • In case of significant injury or bleeding, possible need to open the abdomen and have the uterine wound sutured
  • Possible need to remove the uterus ( hysterectomy )
Postoperative Care
After the procedure, you will be taken to the recovery area. After a short period of time you can leave.
  • Plan on having an escort for transport.
  • There may be some nausea from the anesthesia.
  • Mild uterine cramping may be experienced. The doctor may give pain medication for this discomfort.
  • It is not uncommon to experience vaginal bleeding and discharge for some time.
  • Most commonly, normal activity may be started after a few days.
  • Refrain from placing anything inside the vagina until instructed by the doctor because the cervix has been opened and this may allow bacteria to pass up into the uterus.
  • The endometrium will build up within the next month. The next menstrual cycle may not be regular. It may be late or early.

Friday 16 December 2011

missed abortion (part 2)

syukur alhamdulillah.. segala-galanya telah selesai pada kandunganku berusia 12 week 6 days.. syukur juga sbb xperlu D&C. segalanya bermula apabila...

12/12/12 - 9.30 pm - stain mula keluar. happy sgt sbb tanda2 dah kuar. masa ni berharap sgt akan naturally miscarriage.

13/12/12 - 10.00pm - appoinment dgn gynea. doc bg tarikh appointment utk D&C pada 22/12/12. dalam hati lega sgt sbb still ada masa 2 week untuk tgu b4 procedure D&C.

14/12/12 - 6.18 pm - ke trauma n kecemasam ppum sbb dah start bleeding, abdominal discomport and lower back pain. doc gynea buat ultrasound n check cervix tp os belum bukak lagi. then doc bg optain samada nk warded atau nk blk tunggu kat umah. of course la tgu kat umah sbb kalau warded takut nnt mcm2 diorg buat. asyik keje nak check bawah jer nnt. so doc bg mc. tp di nasihatkan datang balik trauma n kecemasan  jika heavy bleeding.

15/12/12 - am/pm - rest sepanjang hari di rumah. syahmi macan tau jer mommy die sakit. manja lain macam skit. manja tapi x banyak kerenah. tido atas mommy, urut kaki mommy sama2 ngan nenek die. kurang rasa sakit bila syahmi behave macam nih.. terharu sangat walaupun dia masih kecil, tp hati n nalurinya macam org dewasa. proud of u son.
12 tgh malam : terjaga dr tdo sbb rasa sakit yang teramat sangat. macam contraction pun ada. pegi toilet check darah berketul-ketul keluar. dari kul 12 - 2 pg, dah heavy bleeding. setiap sejam tukar pad.

16/12/12 - 2.00am - ajak hubby pegi hospital. dah xtahan. smpi hospital terus amik wheel chair. habis seatketa hubby lencun ngan darah. sib baik leather seat senang nak cuci. lps amik tekanan darah, BP n interview by MO trauma n kecemasan, kena tgu lagi utk jumpa gynea. sib baik sekejap jer tgu doc gynea. terus masuk bilik doc check bawah lagi. doc ckp darah banyak ketul-ketul. dats y la aku sakit sangat. doc pasang drip & amik darah. doc check servix sbb POC (products of conception) a.k.a gestational sac blum kuar lagi. masa yang sama doc suruh aku batuk2 sbb nk tlg kuarkan POC tu. alhamdulillah POC tu berjaya di keluarkan. after that doc bagi injection untuk kecutkan rahim spy boleh kurangkan bleeding. pas tu doc wat transvaginal ultrasound untuk make sure tiada apa2 baki POC yang tertinggal. nasib baik doc cakap dah complete miscarriage. kalu x, haruslah aku kena D&C. doc suruh rest dulu sebelum balik. sib baik aku ada bwk pakaian siap2 dari umah. habis baju n skirt aku lencun ngan darah. bleh la tukar baju. kalu x, mmg hanyir dengan darah la bau badan. kul 6a.m aku di benarkan pulang dan dibekalkan dengan MC n surat refer gyneacology clinic untuk 3 mgu akan datang.

pengalaman keguguran kali pertama dan kali kedua sgt berbeza. ujian untuk kali kedua ni aku rasakan lebih tough berbanding kali pertama. tapi aku tetap bersyukur kerana semuanya telah selamat. dan aku redha menjadi antara insan yang terpilih dariNya untuk menerima ujian ini. thanks to my hubby yang banyak membantu dalam proses berpantang. terasa seperti dijaga bak seorang puteri raja. makanan siap terhidang di tempat tidur, dimandikan (opsss 18sx), di urut dan di belai manja. kalu cam ni, hari-hari berpantang pun ok gak.. hehehe

Wednesday 23 November 2011

missed abortion (part 1)

ya allah, jika ini kehendakmu, aku redha.. jika ini dugaan hidup untk keluargaku aku terima... aku pasrah ya allah..
sekali lagi terjadi dalam hidupku.. perit utk diterima tapi itulah hakikat..

pada 15 Nov 2011, kandungan ku yg ke-3 sekali lagi di diagnose kan as a 'missed abortion'. it's just gestation sac in my 9 weeks womb. sepatutnya pada mgu yg ke-9 sudah ada yolk sac n heartbeat. perit utk diterima utk kali kedua. doktor memberi kata pilihan samada tunggu atau D&C. hakikatnya hati dan naluri seorg ibu akan menidakkan kata2 seorg doktor. baginya tuhan yg lebih mengetahui apa yg terjadi. keputusanku adalah muktamad... TUNGGU. ketika itu, aku mengharapkan sebarang keajaiban yang berlaku..

lagi perit bila memikirkan apa yang patut aku sampaikan pada suamiku... suamiku agak gembira dgn kandunganku pada kali ini. lebih2 lagi bila aku mengalami morning sickness yg agak teruk pada kandungan kali ini. perangai dan seleraku juga berlainan di bandingkan dgn 1st n 2nd pregnancy. anggapannya, mgkn kali ini kami kan mendpt bayi perempuan.. ya allah hanya engkau yg tahu isi hati hambamu ini.
sampai masa yang sesuai, aku face to face dgn suamiku. ku genggam tangannya erat2. dari situ aku dapat kekuatan. dengan linangan air mata, berbekalkan sedikit kekuatan, ku gagahi juga utk memberitahu segalanya apa yang terjadi. tenang dia menerima apa yang aku ceritakan..tp dari ekor matanya, jauh di sudut hatinya aku tahu dia sedih. 'nak buat camana,mgkn ini dugaan dari tuhan. abang redha n pasrah. sayang sabar ya'. suamiku bersuara.. lantas terus memelukku.. aku sedikit tenang dalam pelukanmu.. suamiku adalah kekuatanku di saat aku kesedihan. bersyukur aku mendapat seorg suami yang memahamiku.

kami meneruskan kehidupan seperti biasa. dalam hati seorang ibu sentiasa berdoa, 'ya allah, jika masih ada rezekiku dengan kandunganku ini, engkau sihatkanlah dan jadikanlah bayiku ini seorang insan yang sempurna sifatnya, tapi jika setakat ini rezekiku, aku redha dengan pemergiannya. jika itu yang telah engkau janjikan. hanya engkau yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatmu'.

appointment kali kedua dgn gynae, pada 22 Nov 2011, yolk sac atau heartbeat masih tidak kelihatan.. tetap di beri pilihan yang sama. tunggu atau D&C. pilihanku tetap sama. TUNGGU. tp kali ini doc hanya menberi tempoh dalam 3 minggu sahaja. next appointment pada 13 Dec 2011. selepas tarikh ini, jika tiada sebarang progress pada kandunganku, aku kena jalankan prosedur D&C. bimbang di khuatiri akan menyebabkan infection atau sepsis. ngerinya mendengarkan prosedur D&C. tapi lagi ngeri bila berlaku sebarang infection. sekali lagi aku redha jika ini yang harus di tanggung oleh seorang yang bergelar ibu. bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. pelbagai dugaan yang harus di lalui oleh seorang ibu. tidak mustahillah, darjat ibu tinggi di sisi agama.

mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku.. mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang telah engkau aturkan untuk umatmu.. aku pasrah dan redha dengan segala ujian darimu.. engkau yang lebih mengetahui ya allah...

Thursday 17 November 2011

bff 4ever

credit to one of my bff, kema for creating dis blog... like..like...like... dis blog.

mendung kembali cerah....

yihaaaa.... xsabarnya nak amik anak bujangku yg tersyg.
alkisahnya, aku kena pegi kursus jati diri 4 hari. dlm masa yg sama juge, hubbyku plak kena gi perth aussie selama 8 hari. so xdak org nk jaga anak bujangku. terpaksa la hntr ke kampung.
betapa bergumbiranya dia kat kampung. sbb ramai yg layanzzz dia.. tp dia xtau betapa tersiksanya jiwa raga mommy dia kt kl ni. sampai jer umah kt sg buloh lps hntar si comelku, apalagi, terus jer mommy dia meraung. apatah lagi bila ternampak bantal busuk si comelku.. huhuhu..
masuk bilk air nangis, masuk bilik mainan nangis, masuk dapur pun nangis, masuk keta pun nangis. segenap sudut kat ruang rumah asal terbayang2 kelibat si comelku, terus jer nangis. rasa cam nak meroyan. sib baik bila fikir ada sorg lagi si comel dlm perut ni, terus tersedar. tu pun lepas kena tegur ngan en. hubby ku. ek eleh, en hubby pun sedey gak, tp xmau tunjuk sbb ego...
call kampung xyah ckp la, 5-6 kali sehari... hehehe sori yer en hubby kalu bulan ni bill celcom i melambung ek. tp yg penting skang, si comelku akn kembali menceriakan kehidupan kami sekeluarga... horey...horey...

Sunday 23 October 2011

happy weekend..

1st time bwk anak teruna ku mandi manda. memula takut, dah lelama skit xcited berendam dlm air. actually planning asal nak pegi on saturday, tp terpaksa dibatalkan coz hujan lebat pada jumaat petang. takut air naik n keruh. di sbbkn tujuan utama kami ke hutan lipur kancing ni utk ank teruna kami, so kami hanya 'lepaking' di aras paling bawah jer. kata hubby, kat atas sesuai utk org dewasa tp next time we oll naik atas la. kali ni bg can utk anak teruna mandi dulu.. mahal juga nak masuk dlm ni, parking rm 2 + 2org dewasa rm2 = rm 4 sekali masuk. mcm 2 haiwan ada kat dlm ni. monyet, parrot, ular n rabbit. saper yg nk amik gambar pegang ular or parrot pun bleh. hopefully my son enjoyed today before dia di tinggalkan di kampung selama 3 mgu..


perasaan takut msh menyelubungi jiwa nya

cubaan untuk bermain bola

say hii syg

happy moment with papa

kita rest dulu

berehat sebantar bersama coklat n mister potato

suka nya saya..

begitu menghayati udara nyaman n segar

splash water with papa


muka kepenatan n puas

Friday 21 October 2011

wordless saturday


syukur alhamdulillah. hanya itu yg mampu ku ucap.. rezeki yang sangat bermakna n begitu berharga bagiku dan suami selepas syahmi muqri. terima kasih ya rabbi...

Friday 7 October 2011

HIS NEW SPORT CAR a.k.a HIS NEW BED

betapa senangnya nak tidokn anak teruna ni.. asl masuk dlm keta jer, dia tdo. asal tdo jer, dia masuk keta. hehe.kerja2 ku bertambah mudah dgn katil baru syahmi muqri ini.. hehehe. jom layanzzz.



Tart nenas (gunting)





Bahan-bahan
·         600gm tepung gandum
·         160gm gula ising
·         300gm marjerin
·         140gm mentega
·         2 biji kuning telur
·         1sk esen vanilla
·         3 sudu besar tepung susu
·         Jem nenas
·         Kuning telur +setitik pewarna kuning
Cara-cara
1.       Pukul mentega dah marjerin bersama gula hingga kembang
2.       Masukkan kuning telur satu demi satu sambil di kacau. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
3.       Masukkan tepung dan tepung susu. Kacau hingga sebati
4.       Tekapkan atau bentukkan adunan mengikut citarasa masing2. Letakkan inti nenas di tengah dan gulung atau tutup kemas

BLUEBERRY CHEESE CAKE






Base cake
200 gm biskut oreo (hancurkan)
100 gm butter

cairkan butter dan gaul pde biskut yng telah dihancurkan.tekan kan keatas loyang size 9.masukkan dalam petiais selame 20 minit tu semalaman.

Bahan-bahan cake
250 gm cream cheese
200 gm whipping cream
1 sudu kecil sunquick (xnak letak pun xpe)
11/2 sudu besar gelatin + 100 ml air panas...kacau hingge larut( aku xletak sbb xjumpa gelatin yg halal)
60 gm gula halus
blueberry preserve


Cara-cara
putar whipping hingge jadik krim.
putar cis dngn gula hingge kembang..masukkan gelatin,lemon paste..putar sebati.
campurkan whipping putar dan kaup balik perlahan
masukkan dlm loyang...8 inci
sejukkan dlm petiais hingge keras.

****bole hias ikut kreativiti...
bole tambah buah lain2 jugak.


red velvet cake

cam mimpi jer aku dapat buat kek ni. kek ni aku buat khas utk suami tersayang sempena hari lahirnye.
buat pertama kalinya aku berjaya buat kek yang dibakar. sebelum ni, buat kek yang di kukus jer.
almaklumla, sebelum ni xder oven. my 1st attempt red velvet ni bleh dikira berjaya la..  aku amik resepi ni dari blog ibucergas. mintak share kat sini yer puan..

ingredient utk kek ini agak cozzy sebab filling dia kaya dgn cheese. terutamanya marcarpone cheese. cheese ni ssh nk dpt kat mane2 kdi bakery. aku jmp cheese ni dkt jj mid valey. xpun bleh juga di dapati di mane2 cold storage.








Red Velvet Cake:
  • 250 grams tepung kek (diayak)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 suduu besar serbuk koko
  • 1/2cawan mentega dalam suhu bilik
  • 300 gram gula castor
  • 2 biji telur saiz A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk. Buttermilk boleh dibuat sendiri dengan campurkan 1 sudu besar cuka @ lemon ke dalam 240ml (1 cawan) susu segar, dan dibiarkan selama 15-20 minit. Buttermilk menjadikan kek lebih gebu dan lembut)
  • 2 sudu besar poewarna merah
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting:
  • 250 gram cream cheese dalam suhu bilik
  • 250 gram Mascarpone Cheese dalam suhu bilik (kalau tiada, pakai 250 gram cream cheese tambahan)
  • 1 tsudu kecil esen vanila
  • 1 cawan gula aising (ayak)
  • 1 1/2 cawan whipping cream
Red Velvet Cake:
  1. Panaskan oven dalam 170 degree Celsius . Sediakan 9 inci loyang kek, dan lapis bawah loyang dengan kertas minyak @ baking paper.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung kek, garam dan serbuk koko.
  3. Dalam mangkuk pengisar elektrik, pukul mentega sehingga kembang (2 -3 minit dah mencukupi). Tambahkan gula castor dan pukul sehingga ringan dan gebu (3 – 4  minit).
  4. Tambahkan telur sebiji demi sebiji, dan pukul rata. Kemudian, campurkan esen vanila dan pukul rata.
  5. Campurkan buttermilk yang telah disediakan tadi dengan pewarna merah. Dengan speed perlahan, campurkan buttermilk + pewarna ke dalam adunan butter, sambil diselang selikan dengan adunan tepung dalam 3 bahagian. Mulakan dengan tepung, dan akhiri dengan tepung.
  6. Dalam cawan kecil berasingan, campurkan cuka dan soda bikarbonat. Biarkan campuran fiizing (macam air gas) dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek.
  7. Masukkan adunan kek terus ke dalam loyang dan bakar dalam 20 – 30 minit @ sehingga masak. Cek menggunakan lidi di tengah-tengah kek. Kalau bersih licin, maka kek sudah masak. Masa membakar adalah bergantung pada oven-oven kesayangan puan-puan sekalian.
  8. Sejukkan atas rak wire. Bila kek dah betul-betul sejuk, bungkus dengan pembungkus makanan plastik, dan letakkan dalam peti ais sekurang-kurangnya selama sejam (atau semalaman). Tapi saya terus letak dalam freezer selama sejam. Ini membolehkan frosting dibuat dengan senang kerana kek senang mengeras. Lagipun, kek akan lebih firm dan cantik bila bersejuk semalaman (rasa pun lebih sedap).

Untuk Cream Cheese Frosting:
  1. Dalam mesin kisar, campurkan sahaja cream cheese dan mascarpone cheese sehingga lembut. Tambahkan esen vanila dan gula aising dan pukul lagi sampai gebu. kemudian, campurkan whipping cream dan pukul lagi sampai adunan jadi pekat.
  2. Sapukan sesuka hati atas kek.
  3. Siap!


Sunday 28 August 2011

Oopppss…. dia da datang da…

Aduhai... azam aku untuk puasa penuh taun ni terpaksa di lupakan.. (keciwa).
Dan2 tu ler bulan puasa ni dia nk datang. Apsal la xtgu 1 atau 2 bulan lagi.
setelah genap umur si kecilku setahun 19 hari, akhirnya dia dtg jua dlm hidupku...
tp, aku xderla xsuka sgt dia dtg, dlm hati tetap berbunga-bunga. sebab lepas ni ada can la syahmi jd abg.. hikhikhik

Saturday 27 August 2011

makaroni bakar

Dah lama teringin nk cuba buat resepi nih. Pernah rasa yang kawan kt tempat keje buat sedap sangat. Dulu pernah buat guna maggi, tp xbrape nk sedap sbb x ckp bahan2. so, memandangkan xtau nk bg anak sedara aku bekal ape utk dia bwk blk asrama, dtg la idea utk buat makaroni ni.. resepi ni aku hentam jer memandangkn xboleh nk google resepi sbb streamyx buat hal. Ingt2 lupa resepi yg pernah opismate aku bgtau verbally jer..

aku bakar makaroni ni guna microwave sbb nk bakar guna oven xtau exactly time and temperature yg sepatutnye. takut nnt hangit atau x masak.

inilah hasil Makaroni bakar hentam jer dari pn Suzie.............*_*




Thursday 25 August 2011

streamyx oh streamyx...

Hampir 2 mgu facebook aku berhabuk, blog bersawang, email berkepuk… ( ayat aper ni?) hehehe… semuanye gara2 streamyx buat hal. Ader signal, tp xleh nk browse mane2 website.
Setelah, hmpir 10 kali mendail 100 (tm center) n bercakap dgn operator yg berhemah lagi berbudi bahasa,
akhirnya usaha ku tidak sia-sia. Ghupa2 nyer, modem rosak sbb kena petir.
So after dis, setiap kali lepas kuar umah, terpaksa la tutup n cabut main suis modem tu.
xnak dah pisang berbuah dua kali.. huhuhu

Monday 22 August 2011

selamat ulang tahun buat yang tersayang...

saya sayang suami saya...
saya suka suami saya...
saya rindu suami saya...
saya cintakan suami saya...
tiada kata-kata yang dapat saya luahkan...
sesungguhnya....
suami saya adalah anugerah yang bermakna dalam hidup saya...

selamat hari lahir abang...

kek ini di tujukan khas untuk abang dari ayang






                                                                                                    ikhlas dari isterimu

Thursday 11 August 2011

Papdrik Ayam

tgh terpk2 nk msk menu apa utk ari nih, godek2 peti ais, terus terlintas nk wat papdrik. so, menu utama utk berbuka ari ni adalah papdrik ayam.. tumis jer bwg putih, campak ayam, air- biarkn smpi aym empuk. pastu mskkn sos cili, sos tomato n kicap skit. campak lagi serai, cili api (tumpuk-extra pedas), n daun limau purut. last skali msk kn garam n gula. (optional kalu nk letak sayur2an e.g: bunga kobis, kacang pjg, carrot or tomato- lagi berkhasiat)..

sila abaikn serai yg sgt menonjol..:)

Wednesday 10 August 2011

Puding Caramel / Puding Gula Hangus

tetiba rasa nk mkn puding nih.. dulu masa kt kg, selalu request kt mak suh buat puding nih..tp skang bila da duk jauh dr mak, kenalah buat sendiri.

memula sbb malu nk cal mak, aku google cari resepi nih. lastly, sbb byk sgt version yg ader & sblm perasaan malas menerjah, aku call je mak kt kg. lagi simple n senang sgt resepi yg mak aku bg.

let's look at my mom's recipe:



telur 7 biji
tepung kastard 1/2 sudu kecil


gula 3 sudu


susu cair 1/2 tin
(putar semua bahan di atas)
tuang dlm loyang yg sudah di lapisi caramel
pastu kukus dlm lebih kurang10 minit jer


hasil dr 1st trial













Monday 8 August 2011

Alhamdulillah.... rezeki dr Nya

alhamdulillah... gov staff dpt bonus raya. w/pun setengah gaji aku ttp bersyukur. lebih baik ada daripada tiada langsung..

Puding Cocktail

aku buat puding ini atas permintaan ank buah tersayang, Amila. sebelum nih amila dah pernah rasa yg 1st trial.... katanye "sedak la m.cik. lain kali buat lagi deh". sejak dr ari tu, asal call aku jer, asyk mntk srh aku buat puding. siap suh ajar mak dia (a.k.a my sister). bertuah tul budak happy go lucky sorg nih..
tp aku gtau dia, aku xnk ajar mak dia buat sbb aku nk dia yg blajar buat spy dia bleh buatkn utk mak dia..

resepi puding ni lak aku dpt dr classmate a.k.a opismate aku, Echah. thanks chah coz sudi kongsi resepi yg ringkas, mudah dan sodap nih... jom kita tgk bhn2 nye:

Bahan2:

Lapisan bawah
serbuk agar2 / lengkong (aku guna lengkong jer, sbb tu jer yg ada kt umah aku)
gula
air
susu cair
(sukatan : kalu ikut aku, lengkong segengam, air 7 cwn, susu cair satu tin)

Lapisan atas
buah-buahan cocktail
laici tin

Cara-cara:
masak semua bahan2 utk lapisan bawah dgn api perlahan. sejukkan dlm peti sejuk.
akhir skali, hias dgn bhn2 lapisan atas. tuangkn sedikit sirap laici tin td atas puding..
tada... siap suda.. senang kan!!!!

** kalu nk senang lagi utk buat lapisan bwh, guna jer serbuk dadih yg berperisa buah-buahan e.g: mangga @ strawberry @ ape2 jer.aku pernah guna perisa mangga, not bad la hasilnya*


nyum..nyum..





selamat mencuba






Friday 5 August 2011

setahun suda..

owh... pejam celik, pejam celik suda setahun umur syahmi muqri. cepatnye masa berlalu.
mummy masih ingt saat2 melahirkn kamu.. betapa indahnya segala yg tuhan ciptakn utk umatnya.
sukar utk gambarkn betapa sakitnya contraction ketika bertarung utk keluarkn seorg bayi. tp bila melihat tubuh comel n gebus, hilang segala kesakitan yg di lalui selama beberapa jam..


lahirnye khalifah kecil di dunia ini memberi seribu keinsafan, kekuatan dan kesabaran kepada seorg insan yg b'gelar ibu. syukur alhamdulillah dgn segala rezeki yg diberikn.

SYAHMI MUQRI (ahli ibadat yg berani, mulia dan bijak).... betapa mummy & papa sygkn kamu. betapa bangga kami memiliki kamu. betapa bersyukur kami dikurniakn kamu. doa kami semoga kamu menjadi ank yg soleh di dunia dan akhirat seperti mana maksud nama kamu..ameen..







 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
and now (3/8/2011)