Showing posts with label dari dapur kecilku. Show all posts
Showing posts with label dari dapur kecilku. Show all posts

Saturday, 3 March 2012

Rainbow Cake

I,ve made this cake for my niece's birthday. Agak remeh bila membuat kek ini. Mane taknya, Nak bakar kena sediakan sekurang2 nya 5 loyang (tu pun sebab saya buat 5 colours jer). But since i only have 2 loyang bersaiz 8' terpaksala saya bergilir-gilir bakar menggunakan 2 loyang tersebut. After bake one colour, saya terus sejukkan atas redai, n terus masukkan next colour dalam loyang. Huh, berdebar gak takut kek xnaik sebab biarkan kek kat luar lama sangat. Tp alhamdulillah, kek tu tetap maintain ok. When finished bake the first colour, i'm also worried coz my cake tak naik tinggi. Tp bila dah di susun-susun 5 colours, the height is just so nice.
Then bila sampai ke part mendeko, saya deco sepertimana nama nya berlatarbelakangkan rainbow.
Xsabar nak tgu birthday girl potong sebab nak tengok rupa yang kat dalam.. Bila dah dipotong, tersangatla suka hati ini apabila melihat pelangiku menjadi. Bila tiba lak part merasa kek, feedback dari saudara-maraku amat mengembirakan hati saya.. Lagi gumbira bila ada guest yang datang bertanya "ini kek beli dari Secret Recipes yer? Sedaplah" . Owh, jiran kakakku, janganlah disamakan kek budak baru belajar ini dengan master itu.. Memalukan jer.. kek ku cuma biasa2 sahaja..

Jom saya kongsikan recipe ini yang mana saya cedok dari blog yang saya anggap sebagai sifu saya iaitu
Kak Zu

RAINBOW CAKES
 
BAHAN BAHAN

shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh - saya guna butter

3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je ) - saya guna tepung superfine

4 sdk baking powder

1/2 sdk garam

1 cwn butter - suhu bilik

2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni ) -saya guna 1 cawan sahaja

5 biji putih telor - suhu bilik

2 sdk esen vanila

1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik

pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau - disebabkan saya tidak mempunyai warna ungu, so saya gabungkan warna biru + merah untk mendapatkan warna ungu


CARA CARA


1.Ayakkan tepung, baking pwder n garam - letak tepi jap.

2.Pukul butter n gula sampai kembang n gebu2 .

3.Masukkan telur putih , pukul lagi sampai sebati n gebu .

4.Masukkan esen vanila

5.Pastu masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

6.Dah siap putar sebati .. bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarne yang berlainan.

7.Pastu bakar satu2 gune loyang 8 inci ..jangan gune loyang besar nanti kek jadik nipis..bakar pade suhu 170c/ 180 c dlm 10 @ 15 minit..bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai..dah siap keknya..tinggal nak kasik mekap je.

8. Bole gune topping non dairy whipping cream , buttercream ,cheesecream @ what ever you want..hee

Untuk topping, filling and decoration saya guna cream cheese filling. Resepinya: 

Cream Cheese Filling

500gm cream cheese
250 gram pure butter
120 gm icing sugar 
sedikit lemon/lime juice (saya xder lemon/lime, so guna perahan limau sunkist jer)


Jom kita layan plak proses me'make up'kan rainbow cake ini 

5 layer

proses crumpcoat

decoration from budak baru belajar

Rainbow Cake with Cream Cheese filling

inside.. looks great!!

slice for me
happy and great day for Birthday girl - Nana

2 kids yang selalu nak interframe
 

Monday, 13 February 2012

Kek Karamel

Salam....

Actually dah lama saya berhajat untuk membuat kek ini..
Akhirnya tercapai juga hajat dihati..
Agak gemuruh dan berdebar juga sepanjang menyiapkan kek ini...
Banyak pantang larang yang harus di ikuti semasa membuat kek karamel. Hehehe macam2 kan.
Bagi saya, membuat kek karamel agak economy tetapi tersangatla mencabar dan remeh berbanding RVC.
Terasa satu kepuasan bila berjaya melakukan sesuatu yang mencabar.
Seperti biasa, every 1st trial kek saya akan di nilai oleh chef Sharim..
"Sedap dan lembut tetapi manis" komen dari chef Sharim.
Saya sependapat dengan komen dari chef Sharim. Bagi saya, kek ini mempunyai tekstur yang sangat halus. Mungkin sebab adunan meringue yang terdapat dalam kek ini. Sebab tu la terasa sangat lembut. Rasa manis tu semestinya datang dari lapisan puding caramel.
Jom kita berkongsi resepi kek ini. Resepi kek karamel ini saya ambil dari  blog favourite saya...

KEK KARAMEL ( loyang 8 @ 9 )

BAHAN BAHAN

GULA HANGUS
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketike.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )

1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor - saya guna 50gm
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )

140 gm tepung gandum
70 gm gula castor - saya guna 50gm
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )

6 telur putih ( jangan ada  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nya tak menjadi
70 gm gula castor - saya guna 50gm
1 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan dan diperisa kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selama 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnya 




siap untuk di bakar

 kaedah steambake


siap dibakar. tunggu sehingga kek lekang dengan sendiri

Kek Karamel selepas di terbalikkan


Sedia untuk di makan


Sunday, 12 February 2012

Done!!

Alhamdulillah...
I've finished my first task!!
Tempahan sebiji RVC yang pertama telah selesai..
Hopefully my customer satisfied with cake decoration and the taste.
Nasib baik juga customer xnak wording atas kek. Kalau tak jenuh nak kena practice dulu sebelum menulis atas kek. 
TQ so much kepada mr hubby tersayang kerana sedikit sebanyak telah menyumbangkan idea untuk mendeko RVC ini dan menolong menjaga Syahmi Muqri semasa isterinya bertungkus lumus menyiapkan RVC ini. :)
Inilah hasilnya.................


banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam mendeko kek


practice make perfect...


inside the box

ready to delivery

Thursday, 9 February 2012

Homemade Cheesy Wedges

PERHATIAN!!!
ENTRY INI TIDAK SESUAI DIBACA OLEH SESIAPA YANG 'ON DIET'


Cheesy Wedges KFC... ramai yang menyukainya. termasukla aku n mr hubby.
Eventhou i'm on diet, Cheesy Wedges tetap tidak di tinggalkan..(huhu.. derhaka skit)
Tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk membuatnya sendiri. Fikirku cheese kuning yang digunakan tu adalah secret recipes dr KFC. 
Tapi, sangkaanku meleset setelah adikku memperkenalkan 'secret recipes' tersebut untukku..
So lepas ni bolehla aku makan sepuas-puasnya Cheesy Wedges KFC.
Tak perlulah ke KFC semata-mata untuk menikmati hidangan 'lemak' berkhasiat ini.

Potato Wedges siap digoreng

Bancuhan secret recipes a.k.a Jalapeno Cheese 


Kaya dengan lemak :)

Terbaik dari ladang
 
Ini la rupa sebenor secret recipes a.k.a Jalapeno Cheese ni. Tepung cheese ni kena bancuh dengan air panas. Kuantiti air panas adalah bergantung pada kepekatan yang penggemar suka.




** sesiapa yang berminat dengan cheese ini bolehla mengordernya dari saya..hehehe

My First Task

Owh.... i not expected one day, someone will order a cake from me. Saya bukan seorang yang expert dalam baking membaking ni. I'm just a beginner!!!
The first word yang keluar dari mulut saya after she ask to order the red velvet cake (RVC) was 

'HAAAAAAHHH.... Are u sure kak????'
I baked RVC once only. After that no more RVC. Mayb i'm lucky my 1st trial boleh dikatakan agak menjadi.

Then i asked her 
'akak berani ambil risiko ker tempah kek dengan saya? camana kalu saya buat xsedap mcam yang akak pernah rasa dulu? camana kalu saya deco xcantik?'. Seriously i'm really2 not confident with myself. hehehe

Then she said 'it's okey.. i xkisah. brape harga kek tu yer?'

Mak oiii.. siap tanya harga. kek ntah jadi ntah tidak pun belum tau lagi..hehehe. 

'xper, harga tu next time kita discuss. suzie pun xtau brape harga yang patut suzie letak' 

Okey... since rakan sekerja saya itu telah memberi sepenuh kepercayaan dia kat saya, saya rasa sedikit confident untuk mengambil tempahan RVC. As, she's my first costumer, saya akan cuba buat yang terbaik, and harga pun mestilah sangat berdiskaun.. TQ so much atas kepercayaan kamu pada RVC saya.

Sabtu ni adalah penentu segala-galanya... Cehh lebih2 lak aku ni., macam nak gi berperang pun ada. Hahaha... Of course la sebab memang saya akan berperang dari dapur kecilku.

***needs to review my previous RVC***









Tuesday, 7 February 2012

Popia Gunting

I'm just realised my Syahmi Muqri sangat suka dengan popia gunting ni..
Next time boleh la buat stok untuk Syahmi Muqri mengunyah..
Supaya lebih berkhasiat, bolehla nnt mommy salutkan dengan susu tepung kamu..


Bahan utama selain dari minyak untuk menggoreng

sesi menggulung

sesi menggunting

sedia untuk di makan

*optional boleh disira pedas @ disalut dengan nestum @ disalut dengan Horlicks @ disalut susu tepung
*minyak jagung disarankan untuk menggoreng bg mengurangkan paras kolesterol

Popia Goreng

Sebagai hidangan minum petang pada hari ahad... Walaupun hanya ordinary popia goreng, tapi bila dinikmati sambil menghayati pemandangan tasik di balkoni bersama-sama my heroes tersayang, betapa bersyukurnya kurasakan dengan rezeki yang diberi oleh-Nya yang ESA. Alhamdulillah..


Bahan utama   

Inti : sengkuang, carrot, taugeh, telur goreng & timun
siap sedia untuk di goreng
siap sedia untuk di makan

Saturday, 21 January 2012

Bread Nugget Crispy (BNC)

BNC? cam best jer namanya.. ngehngehngeh..
Sebenarnya idea untuk buat BNC ni datang secara tetiba setelah aku terlihat roti yang tak terusik setelah 2 hari menbelinya. Di tambah lak bila ternampak lebihan bread crump. So mulala otak aku terfikir untuk mencuba resepi baru. Aku xtau samada resepi ni pernah wujud atau tidak.. But i guess mestila ada kot sbb resepi ni sgt simple. Tak kisahla samada pernah wujud atau tak, yang penting hubby aku suka sgt dengan resepi ni. Jom kita kongsi resepi yang mudah, cepat dan crispy ini..

Bread Nugget Crispy


Bahan-bahan :

Roti gardenia
Telur
Bread crump

Cara-cara:
  1. 2 keping roti gardenia di kepilkan. Potong mengikut saiz yang di sukai.
  2. Celupkan roti yang telah di potong ke dalam telur.
  3. Ratakan permukaan roti dengan bread crump. 
  4. Goreng sehingga keperangan


**Optional : boleh dip dgn sos cili atau jalapeno cheese atau mayonis.
                  : Jika tidak suka dip dengan apa2 sos, boleh la intikan roti dengan sardin.

    Friday, 6 January 2012

    Brownies Marble Cheese Cake Again!!

    Kemaruk mem'baking' kek ini. Hilang segala tekanan bila melihat hasil kek ni. Inilah hasil terbaru BMCC hasil air tangan aku n ecah. Hilang stress sejam yang lalu setelah bertungkus lumus menjawab paper MRI protocol.
    Yeah!! i'm distress when i bake... Next time kita cuba kek lain yer echah. Seronok mem'baking' dengan kamu..




    Lebihan adunan brownies kami jadikan cupcake

    Brownies Marble Cheese Cupcake

    Wednesday, 21 December 2011

    entry tertunggak

    entry ni dah lama giler dlm draf aku... camner bleh xprasan.
    okis, 4 hb 12, genapla umurku yang ke-sweet 27.. huhuhu. eventho umur ku dah 27 tahun tapi,
    aku rasa aku ni still sweet 17teen.. hehehahahuhuhu ceh..perasan jer lebey
    actually awal2 lagi hubby suh aku pilih tempat untuk celebrate birthday aku.. tp, memandangkan skang ni heboh ngan citer ombak rindu, so aku decide nk gi mid valey jer. nk smbut birthday ngan suamiku bersama2 citer ombak rindu supaya lebih romantik gitu.. hehehe..
    tapi, semuanya terpaksa dibatalkan disbbkan back pain yang aku alami.. back pain smpai rasa xleh nak gerak.. mayb effect dari kandunganku.
    so, for da whole day aku dok melepek jer kat umah.. berombak sakit rindu kat umah ler jawabnya.
    biler da petang skit, back pain aku da mcm kureng skit.. so, dgn semangat berkobar2 sbb da lama xguna oven, aku decide utk buat kek sempena harijadi ku..
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...
    ...
     tada..... da siap pun sessi membaking kek untuk diri sendiri..


    brownies marble cheese cake for my birthday..nyumnyum

    Tuesday, 20 December 2011

    BROWNIES MARBLE CHEESE CAKE

    
    BMCC 2nd trial
    

    
    BMCC 1st trial
    



    BAHAN-BAHAN BROWNIES

    250 gram butter
    1 cawan serbuk koko
    3 bj telur
    1 1/2 cawan gula castor
    1 1/2 cawan susu cair
    1 1/2 cawan tepung gandum
    1 tsp baking powder
    1 tsp soda bicabonat
    1 tsp vanila


    CARA-CARA

    1. Cairkan butter dan masuk serbuk koko dan kacau rata.
    2. Handwish gula n telur kacau  sebati.
    3. Masukkan adunan telur ke dalam adunan buter n koko tadi.
    4. Masukkan  susu cair 
    5. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan tepung yg  telah diayak.
    6. Panaskan  oven pade suhu 175 C
    7. Alas loyang  10x10 dan grese proof paper biar kertas berjuntai supaya mudah  untuk mengeluarkan brownis.
    8. Bakar selame 20 minit menggunekan api atas bawah


    ** simpan sedikit adunan untuk proses melorek

    BAHAN LAPISAN CHEESE

    250 grm chese cream
    1 cwn gula castor
    1 bjik telur


    CARA-CARA
    1. Putar cream cheese dan gule hingge kembang
    2. Masukkan telur dan putar lagi
    3.Keluarkan kek dari oven dan letak adunan chesse dan ratekan
    4.Lorekkan menggunekan lebihan adunan kek tadi
    5. Bakar selame 20 minit hingge 30 minit lagi.


    ** Biarkan cheese di suhu bilik untuk melembutkannya.


    lapisan atas - adunan cheese

    lapisan brownies - siap sedia utk di bakar

    lapisan brownies + cheese + hiasan = sebelum di bakar

    siap sedia utk di mamam - BMCC 1st trial

    ***love dis cake so much.. so cheesy + moist brownies***

    thanks to kakzu for sharing dis recipes