Sunday 18 March 2012

Hibernasi..

Saya rasa saya perlu berhibernasi in my biz (buah-buahan, kek n cheese) untuk seketika waktu..




Sebabnya?   
tHEsIS! tHESIs! tHESIS!..
Must complete my mission 1st, then only can proceed dengan jayanya dalam biz..
Hopefully i'll grad my 1st degree end of this year..

 
Chaiyok!!Chaiyok!!  u can do it Suzie!!

Happy 3rd Anniversary

HAPPY 3rd ANNIVERSARY TO US...
Sudah 3 tahun rupanya kita hidup bersama. Sama2 berkongsi suka duka dalam melayari bahtera kehidupan yg agak mencabar... Walaupun usia perkahwinan kita di anggap baru setahun jagung @ masih 'ranum', tapi berkat kesabaran, tolak ansur, sifat keterbukaan antara kita berdua, nikmatnya berumahtangga masih dapat kita rasai dan akan diteruskan hingga akhir hayat... amin..
Alhamdulillah saya di anugerahkan seorang suami yang bersifat terbuka dalam semua hal.. Bagi saya, give n take amat penting dalam berumahtangga. Doa saya semoga perkahwinan kami sentiasa diberkati oleh-Nya, dimurahkan rezeki serta kekal bahagia ke akhir hayat..Amin...amin...amin...

Actually untuk anniversary kali ini, awal2 lagi kami telah mem'booking' flight ke P. Langkawi. Begitu juga dgn hotel, awal2 lagi kami dah booking di Kg Tok Senik Resort n Federal Villa Hotel for 4D3N. Tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Disebabkan ada hal  di kampungyang lebih penting dari percutian kami, maka semuanya terpaksa di cancel. We was so lucky coz hanya rugi untuk tiket flight jer. Disebabkan kami booking hotel melalui Agoda.com, any cancellation is free. No charged. . Alhamdulillah...

Sebiji RVC di buat dua hari sebelum pulang ke kampung atas permintaan Mr Hubby tercinta. I baked that RVC, but he requested to decorate that cake khas for our anniversary... so sweet. Apa lagi, berbunga-bunga lah hati si isteri bila mendengarnya. Walaupun kek tersebut di sediakan oleh si isteri.. :)
Inilah hasil decoration yg penuh kasih sayang dari Mr hubby tersayang...

thanks to my lovely mr hubby

us




So, disebabkan terpaksa batalkan percutian ke Langkawi, mr Hubby telah membawa kami ke TheLost World of Tambun.. Seronok bila melihat our lil son Syahmi Muqri agak excited bila berada dalam air. Si kecik ni memang agak obsess dengan air.






   


Tiada kata yang dapat si isteri unkapkan selain dari I Love U So Much....

Wednesday 14 March 2012

Rainbow cake ordered - Pn Sabrina

Pn Sabrina ordered this cake for her son's birthday.. she requested to have some alphabet. So i made the alphabet with readymade fondant. Then i just realized that fondant tak boleh di tampal pada topping crean cheese. Luckily warna pada alphabet tak turun pada cream cheese.. thank u for ordering this cake n happy birthday to Iman Hakimi



Tuesday 13 March 2012

Rainbow cake ordered - Dr Hazman

One of my radiologist requested rainbow cake. He also request for a simple decoration. Hanya untuk makan2 katanya.. lagi senang kerja saya yer Dr..:)


Saturday 3 March 2012

Rainbow Cake

I,ve made this cake for my niece's birthday. Agak remeh bila membuat kek ini. Mane taknya, Nak bakar kena sediakan sekurang2 nya 5 loyang (tu pun sebab saya buat 5 colours jer). But since i only have 2 loyang bersaiz 8' terpaksala saya bergilir-gilir bakar menggunakan 2 loyang tersebut. After bake one colour, saya terus sejukkan atas redai, n terus masukkan next colour dalam loyang. Huh, berdebar gak takut kek xnaik sebab biarkan kek kat luar lama sangat. Tp alhamdulillah, kek tu tetap maintain ok. When finished bake the first colour, i'm also worried coz my cake tak naik tinggi. Tp bila dah di susun-susun 5 colours, the height is just so nice.
Then bila sampai ke part mendeko, saya deco sepertimana nama nya berlatarbelakangkan rainbow.
Xsabar nak tgu birthday girl potong sebab nak tengok rupa yang kat dalam.. Bila dah dipotong, tersangatla suka hati ini apabila melihat pelangiku menjadi. Bila tiba lak part merasa kek, feedback dari saudara-maraku amat mengembirakan hati saya.. Lagi gumbira bila ada guest yang datang bertanya "ini kek beli dari Secret Recipes yer? Sedaplah" . Owh, jiran kakakku, janganlah disamakan kek budak baru belajar ini dengan master itu.. Memalukan jer.. kek ku cuma biasa2 sahaja..

Jom saya kongsikan recipe ini yang mana saya cedok dari blog yang saya anggap sebagai sifu saya iaitu
Kak Zu

RAINBOW CAKES
 
BAHAN BAHAN

shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh - saya guna butter

3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je ) - saya guna tepung superfine

4 sdk baking powder

1/2 sdk garam

1 cwn butter - suhu bilik

2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni ) -saya guna 1 cawan sahaja

5 biji putih telor - suhu bilik

2 sdk esen vanila

1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik

pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau - disebabkan saya tidak mempunyai warna ungu, so saya gabungkan warna biru + merah untk mendapatkan warna ungu


CARA CARA


1.Ayakkan tepung, baking pwder n garam - letak tepi jap.

2.Pukul butter n gula sampai kembang n gebu2 .

3.Masukkan telur putih , pukul lagi sampai sebati n gebu .

4.Masukkan esen vanila

5.Pastu masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

6.Dah siap putar sebati .. bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarne yang berlainan.

7.Pastu bakar satu2 gune loyang 8 inci ..jangan gune loyang besar nanti kek jadik nipis..bakar pade suhu 170c/ 180 c dlm 10 @ 15 minit..bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai..dah siap keknya..tinggal nak kasik mekap je.

8. Bole gune topping non dairy whipping cream , buttercream ,cheesecream @ what ever you want..hee

Untuk topping, filling and decoration saya guna cream cheese filling. Resepinya: 

Cream Cheese Filling

500gm cream cheese
250 gram pure butter
120 gm icing sugar 
sedikit lemon/lime juice (saya xder lemon/lime, so guna perahan limau sunkist jer)


Jom kita layan plak proses me'make up'kan rainbow cake ini 

5 layer

proses crumpcoat

decoration from budak baru belajar

Rainbow Cake with Cream Cheese filling

inside.. looks great!!

slice for me
happy and great day for Birthday girl - Nana

2 kids yang selalu nak interframe
 

RVC again..

TQ to my supervisor Pn Norizan for ordering this RVC for her MRI team....
Feedback yang dah merasa RVC ni memuaskan hati saya..
Next time bolehla order lagi yer...



Monday 13 February 2012

Kek Karamel

Salam....

Actually dah lama saya berhajat untuk membuat kek ini..
Akhirnya tercapai juga hajat dihati..
Agak gemuruh dan berdebar juga sepanjang menyiapkan kek ini...
Banyak pantang larang yang harus di ikuti semasa membuat kek karamel. Hehehe macam2 kan.
Bagi saya, membuat kek karamel agak economy tetapi tersangatla mencabar dan remeh berbanding RVC.
Terasa satu kepuasan bila berjaya melakukan sesuatu yang mencabar.
Seperti biasa, every 1st trial kek saya akan di nilai oleh chef Sharim..
"Sedap dan lembut tetapi manis" komen dari chef Sharim.
Saya sependapat dengan komen dari chef Sharim. Bagi saya, kek ini mempunyai tekstur yang sangat halus. Mungkin sebab adunan meringue yang terdapat dalam kek ini. Sebab tu la terasa sangat lembut. Rasa manis tu semestinya datang dari lapisan puding caramel.
Jom kita berkongsi resepi kek ini. Resepi kek karamel ini saya ambil dari  blog favourite saya...

KEK KARAMEL ( loyang 8 @ 9 )

BAHAN BAHAN

GULA HANGUS
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketike.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )

1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor - saya guna 50gm
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )

140 gm tepung gandum
70 gm gula castor - saya guna 50gm
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )

6 telur putih ( jangan ada  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nya tak menjadi
70 gm gula castor - saya guna 50gm
1 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan dan diperisa kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selama 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnya 




siap untuk di bakar

 kaedah steambake


siap dibakar. tunggu sehingga kek lekang dengan sendiri

Kek Karamel selepas di terbalikkan


Sedia untuk di makan


Sunday 12 February 2012

Done!!

Alhamdulillah...
I've finished my first task!!
Tempahan sebiji RVC yang pertama telah selesai..
Hopefully my customer satisfied with cake decoration and the taste.
Nasib baik juga customer xnak wording atas kek. Kalau tak jenuh nak kena practice dulu sebelum menulis atas kek. 
TQ so much kepada mr hubby tersayang kerana sedikit sebanyak telah menyumbangkan idea untuk mendeko RVC ini dan menolong menjaga Syahmi Muqri semasa isterinya bertungkus lumus menyiapkan RVC ini. :)
Inilah hasilnya.................


banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam mendeko kek


practice make perfect...


inside the box

ready to delivery

Thursday 9 February 2012

Homemade Cheesy Wedges

PERHATIAN!!!
ENTRY INI TIDAK SESUAI DIBACA OLEH SESIAPA YANG 'ON DIET'


Cheesy Wedges KFC... ramai yang menyukainya. termasukla aku n mr hubby.
Eventhou i'm on diet, Cheesy Wedges tetap tidak di tinggalkan..(huhu.. derhaka skit)
Tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk membuatnya sendiri. Fikirku cheese kuning yang digunakan tu adalah secret recipes dr KFC. 
Tapi, sangkaanku meleset setelah adikku memperkenalkan 'secret recipes' tersebut untukku..
So lepas ni bolehla aku makan sepuas-puasnya Cheesy Wedges KFC.
Tak perlulah ke KFC semata-mata untuk menikmati hidangan 'lemak' berkhasiat ini.

Potato Wedges siap digoreng

Bancuhan secret recipes a.k.a Jalapeno Cheese 


Kaya dengan lemak :)

Terbaik dari ladang
 
Ini la rupa sebenor secret recipes a.k.a Jalapeno Cheese ni. Tepung cheese ni kena bancuh dengan air panas. Kuantiti air panas adalah bergantung pada kepekatan yang penggemar suka.




** sesiapa yang berminat dengan cheese ini bolehla mengordernya dari saya..hehehe

My First Task

Owh.... i not expected one day, someone will order a cake from me. Saya bukan seorang yang expert dalam baking membaking ni. I'm just a beginner!!!
The first word yang keluar dari mulut saya after she ask to order the red velvet cake (RVC) was 

'HAAAAAAHHH.... Are u sure kak????'
I baked RVC once only. After that no more RVC. Mayb i'm lucky my 1st trial boleh dikatakan agak menjadi.

Then i asked her 
'akak berani ambil risiko ker tempah kek dengan saya? camana kalu saya buat xsedap mcam yang akak pernah rasa dulu? camana kalu saya deco xcantik?'. Seriously i'm really2 not confident with myself. hehehe

Then she said 'it's okey.. i xkisah. brape harga kek tu yer?'

Mak oiii.. siap tanya harga. kek ntah jadi ntah tidak pun belum tau lagi..hehehe. 

'xper, harga tu next time kita discuss. suzie pun xtau brape harga yang patut suzie letak' 

Okey... since rakan sekerja saya itu telah memberi sepenuh kepercayaan dia kat saya, saya rasa sedikit confident untuk mengambil tempahan RVC. As, she's my first costumer, saya akan cuba buat yang terbaik, and harga pun mestilah sangat berdiskaun.. TQ so much atas kepercayaan kamu pada RVC saya.

Sabtu ni adalah penentu segala-galanya... Cehh lebih2 lak aku ni., macam nak gi berperang pun ada. Hahaha... Of course la sebab memang saya akan berperang dari dapur kecilku.

***needs to review my previous RVC***









Tuesday 7 February 2012

Popia Gunting

I'm just realised my Syahmi Muqri sangat suka dengan popia gunting ni..
Next time boleh la buat stok untuk Syahmi Muqri mengunyah..
Supaya lebih berkhasiat, bolehla nnt mommy salutkan dengan susu tepung kamu..


Bahan utama selain dari minyak untuk menggoreng

sesi menggulung

sesi menggunting

sedia untuk di makan

*optional boleh disira pedas @ disalut dengan nestum @ disalut dengan Horlicks @ disalut susu tepung
*minyak jagung disarankan untuk menggoreng bg mengurangkan paras kolesterol

Popia Goreng

Sebagai hidangan minum petang pada hari ahad... Walaupun hanya ordinary popia goreng, tapi bila dinikmati sambil menghayati pemandangan tasik di balkoni bersama-sama my heroes tersayang, betapa bersyukurnya kurasakan dengan rezeki yang diberi oleh-Nya yang ESA. Alhamdulillah..


Bahan utama   

Inti : sengkuang, carrot, taugeh, telur goreng & timun
siap sedia untuk di goreng
siap sedia untuk di makan