Monday 13 February 2012

Kek Karamel

Salam....

Actually dah lama saya berhajat untuk membuat kek ini..
Akhirnya tercapai juga hajat dihati..
Agak gemuruh dan berdebar juga sepanjang menyiapkan kek ini...
Banyak pantang larang yang harus di ikuti semasa membuat kek karamel. Hehehe macam2 kan.
Bagi saya, membuat kek karamel agak economy tetapi tersangatla mencabar dan remeh berbanding RVC.
Terasa satu kepuasan bila berjaya melakukan sesuatu yang mencabar.
Seperti biasa, every 1st trial kek saya akan di nilai oleh chef Sharim..
"Sedap dan lembut tetapi manis" komen dari chef Sharim.
Saya sependapat dengan komen dari chef Sharim. Bagi saya, kek ini mempunyai tekstur yang sangat halus. Mungkin sebab adunan meringue yang terdapat dalam kek ini. Sebab tu la terasa sangat lembut. Rasa manis tu semestinya datang dari lapisan puding caramel.
Jom kita berkongsi resepi kek ini. Resepi kek karamel ini saya ambil dari  blog favourite saya...

KEK KARAMEL ( loyang 8 @ 9 )

BAHAN BAHAN

GULA HANGUS
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketike.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )

1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor - saya guna 50gm
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )

140 gm tepung gandum
70 gm gula castor - saya guna 50gm
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )

6 telur putih ( jangan ada  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nya tak menjadi
70 gm gula castor - saya guna 50gm
1 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan dan diperisa kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selama 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnya 




siap untuk di bakar

 kaedah steambake


siap dibakar. tunggu sehingga kek lekang dengan sendiri

Kek Karamel selepas di terbalikkan


Sedia untuk di makan


Sunday 12 February 2012

Done!!

Alhamdulillah...
I've finished my first task!!
Tempahan sebiji RVC yang pertama telah selesai..
Hopefully my customer satisfied with cake decoration and the taste.
Nasib baik juga customer xnak wording atas kek. Kalau tak jenuh nak kena practice dulu sebelum menulis atas kek. 
TQ so much kepada mr hubby tersayang kerana sedikit sebanyak telah menyumbangkan idea untuk mendeko RVC ini dan menolong menjaga Syahmi Muqri semasa isterinya bertungkus lumus menyiapkan RVC ini. :)
Inilah hasilnya.................


banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam mendeko kek


practice make perfect...


inside the box

ready to delivery

Thursday 9 February 2012

Homemade Cheesy Wedges

PERHATIAN!!!
ENTRY INI TIDAK SESUAI DIBACA OLEH SESIAPA YANG 'ON DIET'


Cheesy Wedges KFC... ramai yang menyukainya. termasukla aku n mr hubby.
Eventhou i'm on diet, Cheesy Wedges tetap tidak di tinggalkan..(huhu.. derhaka skit)
Tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk membuatnya sendiri. Fikirku cheese kuning yang digunakan tu adalah secret recipes dr KFC. 
Tapi, sangkaanku meleset setelah adikku memperkenalkan 'secret recipes' tersebut untukku..
So lepas ni bolehla aku makan sepuas-puasnya Cheesy Wedges KFC.
Tak perlulah ke KFC semata-mata untuk menikmati hidangan 'lemak' berkhasiat ini.

Potato Wedges siap digoreng

Bancuhan secret recipes a.k.a Jalapeno Cheese 


Kaya dengan lemak :)

Terbaik dari ladang
 
Ini la rupa sebenor secret recipes a.k.a Jalapeno Cheese ni. Tepung cheese ni kena bancuh dengan air panas. Kuantiti air panas adalah bergantung pada kepekatan yang penggemar suka.




** sesiapa yang berminat dengan cheese ini bolehla mengordernya dari saya..hehehe

My First Task

Owh.... i not expected one day, someone will order a cake from me. Saya bukan seorang yang expert dalam baking membaking ni. I'm just a beginner!!!
The first word yang keluar dari mulut saya after she ask to order the red velvet cake (RVC) was 

'HAAAAAAHHH.... Are u sure kak????'
I baked RVC once only. After that no more RVC. Mayb i'm lucky my 1st trial boleh dikatakan agak menjadi.

Then i asked her 
'akak berani ambil risiko ker tempah kek dengan saya? camana kalu saya buat xsedap mcam yang akak pernah rasa dulu? camana kalu saya deco xcantik?'. Seriously i'm really2 not confident with myself. hehehe

Then she said 'it's okey.. i xkisah. brape harga kek tu yer?'

Mak oiii.. siap tanya harga. kek ntah jadi ntah tidak pun belum tau lagi..hehehe. 

'xper, harga tu next time kita discuss. suzie pun xtau brape harga yang patut suzie letak' 

Okey... since rakan sekerja saya itu telah memberi sepenuh kepercayaan dia kat saya, saya rasa sedikit confident untuk mengambil tempahan RVC. As, she's my first costumer, saya akan cuba buat yang terbaik, and harga pun mestilah sangat berdiskaun.. TQ so much atas kepercayaan kamu pada RVC saya.

Sabtu ni adalah penentu segala-galanya... Cehh lebih2 lak aku ni., macam nak gi berperang pun ada. Hahaha... Of course la sebab memang saya akan berperang dari dapur kecilku.

***needs to review my previous RVC***









Tuesday 7 February 2012

Popia Gunting

I'm just realised my Syahmi Muqri sangat suka dengan popia gunting ni..
Next time boleh la buat stok untuk Syahmi Muqri mengunyah..
Supaya lebih berkhasiat, bolehla nnt mommy salutkan dengan susu tepung kamu..


Bahan utama selain dari minyak untuk menggoreng

sesi menggulung

sesi menggunting

sedia untuk di makan

*optional boleh disira pedas @ disalut dengan nestum @ disalut dengan Horlicks @ disalut susu tepung
*minyak jagung disarankan untuk menggoreng bg mengurangkan paras kolesterol

Popia Goreng

Sebagai hidangan minum petang pada hari ahad... Walaupun hanya ordinary popia goreng, tapi bila dinikmati sambil menghayati pemandangan tasik di balkoni bersama-sama my heroes tersayang, betapa bersyukurnya kurasakan dengan rezeki yang diberi oleh-Nya yang ESA. Alhamdulillah..


Bahan utama   

Inti : sengkuang, carrot, taugeh, telur goreng & timun
siap sedia untuk di goreng
siap sedia untuk di makan

Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Sempena sambutan Maulidur Rasul, I dedicated this entry to my lovely lil son Syahmi Muqri...
Kenali, sayangi, cintai n kasihi your Rasulullah S.A.W..

Nama penuh: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hasyim dikenal dengan nama Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.

SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W


Thursday 2 February 2012

BBQ @ Sg Sendat

Entry tertunggak lagi..hehe
Ni sepatutnya entry sempena public holiday Chinnese NY. 
Happy, girang n puas hati bila dapat spend time dengan adik beradik tersayang. All my siblings (except my elder brother) yang tinggal di KL joined this BBQ. Actually, 7 out of 8 my siblings was stayed in KL. They are my abang Nusi's family, Kak ha's family, abang Ju's family, adik Wawa, adik Rafi n adik Iwe n my family. Yeah!! I'm proud to have such a big family.

A week before this activities, kami planned untuk ke Ulu Yam. But a minute before reached Ulu Yam, we changed our destination. Salah sorang kawan hubby yang join BBQ ni suggest kan Sg. Sendat. Aduiii... sungguh tak glamour namanya. Katanya tempat ni best n lagi popular berbanding Ulu Yam. Hmmm... aku pun xsure bout this.

Sampai jer destinasi, i'm so impressed. Happening!!So many people there. Tak budget pun akan ada ramai pengunjung kat sana sebab bila masuk je ke jalan kecik menuju ke Sg Sendat, kami x terserempak ngan satu kereta pun. Tapi bila sampai sana, fuhhh... nak cari parking pun sendat.. Mayb sebab public holiday kot. Nak masuk sana, ada guard jaga n kena bayar Rm1 untuk sorang dewasa.. Kat sana ramai remaja2 n family yang bercamping sejak dari malam.

air terjun Sg. Sendat (ihsan dr mr google)

Setelah meng'usha' port yang sesuai, maka aktiviti pun bermula. Tanpa melengahkn masa, aktiviti membakar, menggoreng, menghidang n mamdi manda pun bermula dengan jayanya. Antara menu on dat day yang kami bawa: nasi putih, tomyam, mee goreng, roti jala, keropok, fries, bread nugget crispy, and yang paling penting tadaaaaaaa.......

ayam bakar hasil perapan mr hubby

Tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat berkumpul beramai2 selain dapat mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang antara kami. Here some joyful and happiness moment that we've capture on that day..



Lebih bermakna bila dapat bersama-sama insan tercinta....(Love this pic)


Tak lengkap jika tiada aktiviti di bawah bila ke Sg.Sendat sambil menghayati udara yang segar, nyaman, redup yang penuh kehijauan. Sangat tenang bila berada di sini..


 Dan buat kedua-dua si kecil ini, kami sentiasa ingin melihat keceriaan di wajahmu. Gelak ketawa dan senyuman kamu berdua cukup menghiburkan kami semua...


Setelah hampir 4 jam kami di sana, setelah semuanya kepenatan, setelah 3 ekor ayam selamat makan dan setelah hampir semua bekalan makanan yang di bawa di habiskan, tibalah masa untuk pulang. And the most fatique man on that day goes to....


To all my siblings,
Thanks u so much for wonderful holiday we've had..... hopefully next time kita dapat berBBQ bersama-sama our abang Nusi's family, kak Ani's family and the most important person we love  -----> ABAH & MEK

Bye-bye....