Sunday 23 October 2011

happy weekend..

1st time bwk anak teruna ku mandi manda. memula takut, dah lelama skit xcited berendam dlm air. actually planning asal nak pegi on saturday, tp terpaksa dibatalkan coz hujan lebat pada jumaat petang. takut air naik n keruh. di sbbkn tujuan utama kami ke hutan lipur kancing ni utk ank teruna kami, so kami hanya 'lepaking' di aras paling bawah jer. kata hubby, kat atas sesuai utk org dewasa tp next time we oll naik atas la. kali ni bg can utk anak teruna mandi dulu.. mahal juga nak masuk dlm ni, parking rm 2 + 2org dewasa rm2 = rm 4 sekali masuk. mcm 2 haiwan ada kat dlm ni. monyet, parrot, ular n rabbit. saper yg nk amik gambar pegang ular or parrot pun bleh. hopefully my son enjoyed today before dia di tinggalkan di kampung selama 3 mgu..


perasaan takut msh menyelubungi jiwa nya

cubaan untuk bermain bola

say hii syg

happy moment with papa

kita rest dulu

berehat sebantar bersama coklat n mister potato

suka nya saya..

begitu menghayati udara nyaman n segar

splash water with papa


muka kepenatan n puas

Friday 21 October 2011

wordless saturday


syukur alhamdulillah. hanya itu yg mampu ku ucap.. rezeki yang sangat bermakna n begitu berharga bagiku dan suami selepas syahmi muqri. terima kasih ya rabbi...

Friday 7 October 2011

HIS NEW SPORT CAR a.k.a HIS NEW BED

betapa senangnya nak tidokn anak teruna ni.. asl masuk dlm keta jer, dia tdo. asal tdo jer, dia masuk keta. hehe.kerja2 ku bertambah mudah dgn katil baru syahmi muqri ini.. hehehe. jom layanzzz.



Tart nenas (gunting)





Bahan-bahan
·         600gm tepung gandum
·         160gm gula ising
·         300gm marjerin
·         140gm mentega
·         2 biji kuning telur
·         1sk esen vanilla
·         3 sudu besar tepung susu
·         Jem nenas
·         Kuning telur +setitik pewarna kuning
Cara-cara
1.       Pukul mentega dah marjerin bersama gula hingga kembang
2.       Masukkan kuning telur satu demi satu sambil di kacau. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
3.       Masukkan tepung dan tepung susu. Kacau hingga sebati
4.       Tekapkan atau bentukkan adunan mengikut citarasa masing2. Letakkan inti nenas di tengah dan gulung atau tutup kemas

BLUEBERRY CHEESE CAKE






Base cake
200 gm biskut oreo (hancurkan)
100 gm butter

cairkan butter dan gaul pde biskut yng telah dihancurkan.tekan kan keatas loyang size 9.masukkan dalam petiais selame 20 minit tu semalaman.

Bahan-bahan cake
250 gm cream cheese
200 gm whipping cream
1 sudu kecil sunquick (xnak letak pun xpe)
11/2 sudu besar gelatin + 100 ml air panas...kacau hingge larut( aku xletak sbb xjumpa gelatin yg halal)
60 gm gula halus
blueberry preserve


Cara-cara
putar whipping hingge jadik krim.
putar cis dngn gula hingge kembang..masukkan gelatin,lemon paste..putar sebati.
campurkan whipping putar dan kaup balik perlahan
masukkan dlm loyang...8 inci
sejukkan dlm petiais hingge keras.

****bole hias ikut kreativiti...
bole tambah buah lain2 jugak.


red velvet cake

cam mimpi jer aku dapat buat kek ni. kek ni aku buat khas utk suami tersayang sempena hari lahirnye.
buat pertama kalinya aku berjaya buat kek yang dibakar. sebelum ni, buat kek yang di kukus jer.
almaklumla, sebelum ni xder oven. my 1st attempt red velvet ni bleh dikira berjaya la..  aku amik resepi ni dari blog ibucergas. mintak share kat sini yer puan..

ingredient utk kek ini agak cozzy sebab filling dia kaya dgn cheese. terutamanya marcarpone cheese. cheese ni ssh nk dpt kat mane2 kdi bakery. aku jmp cheese ni dkt jj mid valey. xpun bleh juga di dapati di mane2 cold storage.








Red Velvet Cake:
  • 250 grams tepung kek (diayak)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 suduu besar serbuk koko
  • 1/2cawan mentega dalam suhu bilik
  • 300 gram gula castor
  • 2 biji telur saiz A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk. Buttermilk boleh dibuat sendiri dengan campurkan 1 sudu besar cuka @ lemon ke dalam 240ml (1 cawan) susu segar, dan dibiarkan selama 15-20 minit. Buttermilk menjadikan kek lebih gebu dan lembut)
  • 2 sudu besar poewarna merah
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting:
  • 250 gram cream cheese dalam suhu bilik
  • 250 gram Mascarpone Cheese dalam suhu bilik (kalau tiada, pakai 250 gram cream cheese tambahan)
  • 1 tsudu kecil esen vanila
  • 1 cawan gula aising (ayak)
  • 1 1/2 cawan whipping cream
Red Velvet Cake:
  1. Panaskan oven dalam 170 degree Celsius . Sediakan 9 inci loyang kek, dan lapis bawah loyang dengan kertas minyak @ baking paper.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung kek, garam dan serbuk koko.
  3. Dalam mangkuk pengisar elektrik, pukul mentega sehingga kembang (2 -3 minit dah mencukupi). Tambahkan gula castor dan pukul sehingga ringan dan gebu (3 – 4  minit).
  4. Tambahkan telur sebiji demi sebiji, dan pukul rata. Kemudian, campurkan esen vanila dan pukul rata.
  5. Campurkan buttermilk yang telah disediakan tadi dengan pewarna merah. Dengan speed perlahan, campurkan buttermilk + pewarna ke dalam adunan butter, sambil diselang selikan dengan adunan tepung dalam 3 bahagian. Mulakan dengan tepung, dan akhiri dengan tepung.
  6. Dalam cawan kecil berasingan, campurkan cuka dan soda bikarbonat. Biarkan campuran fiizing (macam air gas) dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek.
  7. Masukkan adunan kek terus ke dalam loyang dan bakar dalam 20 – 30 minit @ sehingga masak. Cek menggunakan lidi di tengah-tengah kek. Kalau bersih licin, maka kek sudah masak. Masa membakar adalah bergantung pada oven-oven kesayangan puan-puan sekalian.
  8. Sejukkan atas rak wire. Bila kek dah betul-betul sejuk, bungkus dengan pembungkus makanan plastik, dan letakkan dalam peti ais sekurang-kurangnya selama sejam (atau semalaman). Tapi saya terus letak dalam freezer selama sejam. Ini membolehkan frosting dibuat dengan senang kerana kek senang mengeras. Lagipun, kek akan lebih firm dan cantik bila bersejuk semalaman (rasa pun lebih sedap).

Untuk Cream Cheese Frosting:
  1. Dalam mesin kisar, campurkan sahaja cream cheese dan mascarpone cheese sehingga lembut. Tambahkan esen vanila dan gula aising dan pukul lagi sampai gebu. kemudian, campurkan whipping cream dan pukul lagi sampai adunan jadi pekat.
  2. Sapukan sesuka hati atas kek.
  3. Siap!