Wednesday 23 November 2011

missed abortion (part 1)

ya allah, jika ini kehendakmu, aku redha.. jika ini dugaan hidup untk keluargaku aku terima... aku pasrah ya allah..
sekali lagi terjadi dalam hidupku.. perit utk diterima tapi itulah hakikat..

pada 15 Nov 2011, kandungan ku yg ke-3 sekali lagi di diagnose kan as a 'missed abortion'. it's just gestation sac in my 9 weeks womb. sepatutnya pada mgu yg ke-9 sudah ada yolk sac n heartbeat. perit utk diterima utk kali kedua. doktor memberi kata pilihan samada tunggu atau D&C. hakikatnya hati dan naluri seorg ibu akan menidakkan kata2 seorg doktor. baginya tuhan yg lebih mengetahui apa yg terjadi. keputusanku adalah muktamad... TUNGGU. ketika itu, aku mengharapkan sebarang keajaiban yang berlaku..

lagi perit bila memikirkan apa yang patut aku sampaikan pada suamiku... suamiku agak gembira dgn kandunganku pada kali ini. lebih2 lagi bila aku mengalami morning sickness yg agak teruk pada kandungan kali ini. perangai dan seleraku juga berlainan di bandingkan dgn 1st n 2nd pregnancy. anggapannya, mgkn kali ini kami kan mendpt bayi perempuan.. ya allah hanya engkau yg tahu isi hati hambamu ini.
sampai masa yang sesuai, aku face to face dgn suamiku. ku genggam tangannya erat2. dari situ aku dapat kekuatan. dengan linangan air mata, berbekalkan sedikit kekuatan, ku gagahi juga utk memberitahu segalanya apa yang terjadi. tenang dia menerima apa yang aku ceritakan..tp dari ekor matanya, jauh di sudut hatinya aku tahu dia sedih. 'nak buat camana,mgkn ini dugaan dari tuhan. abang redha n pasrah. sayang sabar ya'. suamiku bersuara.. lantas terus memelukku.. aku sedikit tenang dalam pelukanmu.. suamiku adalah kekuatanku di saat aku kesedihan. bersyukur aku mendapat seorg suami yang memahamiku.

kami meneruskan kehidupan seperti biasa. dalam hati seorang ibu sentiasa berdoa, 'ya allah, jika masih ada rezekiku dengan kandunganku ini, engkau sihatkanlah dan jadikanlah bayiku ini seorang insan yang sempurna sifatnya, tapi jika setakat ini rezekiku, aku redha dengan pemergiannya. jika itu yang telah engkau janjikan. hanya engkau yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatmu'.

appointment kali kedua dgn gynae, pada 22 Nov 2011, yolk sac atau heartbeat masih tidak kelihatan.. tetap di beri pilihan yang sama. tunggu atau D&C. pilihanku tetap sama. TUNGGU. tp kali ini doc hanya menberi tempoh dalam 3 minggu sahaja. next appointment pada 13 Dec 2011. selepas tarikh ini, jika tiada sebarang progress pada kandunganku, aku kena jalankan prosedur D&C. bimbang di khuatiri akan menyebabkan infection atau sepsis. ngerinya mendengarkan prosedur D&C. tapi lagi ngeri bila berlaku sebarang infection. sekali lagi aku redha jika ini yang harus di tanggung oleh seorang yang bergelar ibu. bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. pelbagai dugaan yang harus di lalui oleh seorang ibu. tidak mustahillah, darjat ibu tinggi di sisi agama.

mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku.. mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang telah engkau aturkan untuk umatmu.. aku pasrah dan redha dengan segala ujian darimu.. engkau yang lebih mengetahui ya allah...

Thursday 17 November 2011

bff 4ever

credit to one of my bff, kema for creating dis blog... like..like...like... dis blog.

mendung kembali cerah....

yihaaaa.... xsabarnya nak amik anak bujangku yg tersyg.
alkisahnya, aku kena pegi kursus jati diri 4 hari. dlm masa yg sama juge, hubbyku plak kena gi perth aussie selama 8 hari. so xdak org nk jaga anak bujangku. terpaksa la hntr ke kampung.
betapa bergumbiranya dia kat kampung. sbb ramai yg layanzzz dia.. tp dia xtau betapa tersiksanya jiwa raga mommy dia kt kl ni. sampai jer umah kt sg buloh lps hntar si comelku, apalagi, terus jer mommy dia meraung. apatah lagi bila ternampak bantal busuk si comelku.. huhuhu..
masuk bilk air nangis, masuk bilik mainan nangis, masuk dapur pun nangis, masuk keta pun nangis. segenap sudut kat ruang rumah asal terbayang2 kelibat si comelku, terus jer nangis. rasa cam nak meroyan. sib baik bila fikir ada sorg lagi si comel dlm perut ni, terus tersedar. tu pun lepas kena tegur ngan en. hubby ku. ek eleh, en hubby pun sedey gak, tp xmau tunjuk sbb ego...
call kampung xyah ckp la, 5-6 kali sehari... hehehe sori yer en hubby kalu bulan ni bill celcom i melambung ek. tp yg penting skang, si comelku akn kembali menceriakan kehidupan kami sekeluarga... horey...horey...