Friday 7 October 2011

red velvet cake

cam mimpi jer aku dapat buat kek ni. kek ni aku buat khas utk suami tersayang sempena hari lahirnye.
buat pertama kalinya aku berjaya buat kek yang dibakar. sebelum ni, buat kek yang di kukus jer.
almaklumla, sebelum ni xder oven. my 1st attempt red velvet ni bleh dikira berjaya la..  aku amik resepi ni dari blog ibucergas. mintak share kat sini yer puan..

ingredient utk kek ini agak cozzy sebab filling dia kaya dgn cheese. terutamanya marcarpone cheese. cheese ni ssh nk dpt kat mane2 kdi bakery. aku jmp cheese ni dkt jj mid valey. xpun bleh juga di dapati di mane2 cold storage.








Red Velvet Cake:
  • 250 grams tepung kek (diayak)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 suduu besar serbuk koko
  • 1/2cawan mentega dalam suhu bilik
  • 300 gram gula castor
  • 2 biji telur saiz A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk. Buttermilk boleh dibuat sendiri dengan campurkan 1 sudu besar cuka @ lemon ke dalam 240ml (1 cawan) susu segar, dan dibiarkan selama 15-20 minit. Buttermilk menjadikan kek lebih gebu dan lembut)
  • 2 sudu besar poewarna merah
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting:
  • 250 gram cream cheese dalam suhu bilik
  • 250 gram Mascarpone Cheese dalam suhu bilik (kalau tiada, pakai 250 gram cream cheese tambahan)
  • 1 tsudu kecil esen vanila
  • 1 cawan gula aising (ayak)
  • 1 1/2 cawan whipping cream
Red Velvet Cake:
  1. Panaskan oven dalam 170 degree Celsius . Sediakan 9 inci loyang kek, dan lapis bawah loyang dengan kertas minyak @ baking paper.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung kek, garam dan serbuk koko.
  3. Dalam mangkuk pengisar elektrik, pukul mentega sehingga kembang (2 -3 minit dah mencukupi). Tambahkan gula castor dan pukul sehingga ringan dan gebu (3 – 4  minit).
  4. Tambahkan telur sebiji demi sebiji, dan pukul rata. Kemudian, campurkan esen vanila dan pukul rata.
  5. Campurkan buttermilk yang telah disediakan tadi dengan pewarna merah. Dengan speed perlahan, campurkan buttermilk + pewarna ke dalam adunan butter, sambil diselang selikan dengan adunan tepung dalam 3 bahagian. Mulakan dengan tepung, dan akhiri dengan tepung.
  6. Dalam cawan kecil berasingan, campurkan cuka dan soda bikarbonat. Biarkan campuran fiizing (macam air gas) dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek.
  7. Masukkan adunan kek terus ke dalam loyang dan bakar dalam 20 – 30 minit @ sehingga masak. Cek menggunakan lidi di tengah-tengah kek. Kalau bersih licin, maka kek sudah masak. Masa membakar adalah bergantung pada oven-oven kesayangan puan-puan sekalian.
  8. Sejukkan atas rak wire. Bila kek dah betul-betul sejuk, bungkus dengan pembungkus makanan plastik, dan letakkan dalam peti ais sekurang-kurangnya selama sejam (atau semalaman). Tapi saya terus letak dalam freezer selama sejam. Ini membolehkan frosting dibuat dengan senang kerana kek senang mengeras. Lagipun, kek akan lebih firm dan cantik bila bersejuk semalaman (rasa pun lebih sedap).

Untuk Cream Cheese Frosting:
  1. Dalam mesin kisar, campurkan sahaja cream cheese dan mascarpone cheese sehingga lembut. Tambahkan esen vanila dan gula aising dan pukul lagi sampai gebu. kemudian, campurkan whipping cream dan pukul lagi sampai adunan jadi pekat.
  2. Sapukan sesuka hati atas kek.
  3. Siap!


No comments:

Post a Comment