Monday 13 February 2012

Kek Karamel

Salam....

Actually dah lama saya berhajat untuk membuat kek ini..
Akhirnya tercapai juga hajat dihati..
Agak gemuruh dan berdebar juga sepanjang menyiapkan kek ini...
Banyak pantang larang yang harus di ikuti semasa membuat kek karamel. Hehehe macam2 kan.
Bagi saya, membuat kek karamel agak economy tetapi tersangatla mencabar dan remeh berbanding RVC.
Terasa satu kepuasan bila berjaya melakukan sesuatu yang mencabar.
Seperti biasa, every 1st trial kek saya akan di nilai oleh chef Sharim..
"Sedap dan lembut tetapi manis" komen dari chef Sharim.
Saya sependapat dengan komen dari chef Sharim. Bagi saya, kek ini mempunyai tekstur yang sangat halus. Mungkin sebab adunan meringue yang terdapat dalam kek ini. Sebab tu la terasa sangat lembut. Rasa manis tu semestinya datang dari lapisan puding caramel.
Jom kita berkongsi resepi kek ini. Resepi kek karamel ini saya ambil dari  blog favourite saya...

KEK KARAMEL ( loyang 8 @ 9 )

BAHAN BAHAN

GULA HANGUS
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketike.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )

1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor - saya guna 50gm
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )

140 gm tepung gandum
70 gm gula castor - saya guna 50gm
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )

6 telur putih ( jangan ada  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nya tak menjadi
70 gm gula castor - saya guna 50gm
1 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan dan diperisa kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selama 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnya 




siap untuk di bakar

 kaedah steambake


siap dibakar. tunggu sehingga kek lekang dengan sendiri

Kek Karamel selepas di terbalikkan


Sedia untuk di makan


1 comment: