Sempena sambutan Maulidur Rasul, I dedicated this entry to my lovely lil son Syahmi Muqri...
Kenali, sayangi, cintai n kasihi your Rasulullah S.A.W..
Nama penuh: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hasyim dikenal dengan nama Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun
Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada  Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan  Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]
Pengalaman bekerja Rasulullah:
* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan  perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan  perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa  saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau  terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda  berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali  kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah  adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan  seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering  membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal  pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi  pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga  baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.
Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)
kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika  Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang  menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina  semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua  kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di  penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir  menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan  kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah  meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.
Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut  nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah,  dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan  perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang  tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.
Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)
wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan  menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah.  Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia  dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia  apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.
Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat  kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab;  “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan  dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia  berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!”  Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.
Kemudian  ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang  ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu  yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan  kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat  tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri  dalam rasa kengerian.
Lalu beliau segera pulang kepada  isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah  aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah  menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah  beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas  diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu,  akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.
SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W
 
No comments:
Post a Comment