Showing posts with label syahmi muqri. Show all posts
Showing posts with label syahmi muqri. Show all posts

Tuesday, 7 February 2012

Popia Gunting

I'm just realised my Syahmi Muqri sangat suka dengan popia gunting ni..
Next time boleh la buat stok untuk Syahmi Muqri mengunyah..
Supaya lebih berkhasiat, bolehla nnt mommy salutkan dengan susu tepung kamu..


Bahan utama selain dari minyak untuk menggoreng

sesi menggulung

sesi menggunting

sedia untuk di makan

*optional boleh disira pedas @ disalut dengan nestum @ disalut dengan Horlicks @ disalut susu tepung
*minyak jagung disarankan untuk menggoreng bg mengurangkan paras kolesterol

Saturday, 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Sempena sambutan Maulidur Rasul, I dedicated this entry to my lovely lil son Syahmi Muqri...
Kenali, sayangi, cintai n kasihi your Rasulullah S.A.W..

Nama penuh: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hasyim dikenal dengan nama Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.

SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W


Thursday, 17 November 2011

mendung kembali cerah....

yihaaaa.... xsabarnya nak amik anak bujangku yg tersyg.
alkisahnya, aku kena pegi kursus jati diri 4 hari. dlm masa yg sama juge, hubbyku plak kena gi perth aussie selama 8 hari. so xdak org nk jaga anak bujangku. terpaksa la hntr ke kampung.
betapa bergumbiranya dia kat kampung. sbb ramai yg layanzzz dia.. tp dia xtau betapa tersiksanya jiwa raga mommy dia kt kl ni. sampai jer umah kt sg buloh lps hntar si comelku, apalagi, terus jer mommy dia meraung. apatah lagi bila ternampak bantal busuk si comelku.. huhuhu..
masuk bilk air nangis, masuk bilik mainan nangis, masuk dapur pun nangis, masuk keta pun nangis. segenap sudut kat ruang rumah asal terbayang2 kelibat si comelku, terus jer nangis. rasa cam nak meroyan. sib baik bila fikir ada sorg lagi si comel dlm perut ni, terus tersedar. tu pun lepas kena tegur ngan en. hubby ku. ek eleh, en hubby pun sedey gak, tp xmau tunjuk sbb ego...
call kampung xyah ckp la, 5-6 kali sehari... hehehe sori yer en hubby kalu bulan ni bill celcom i melambung ek. tp yg penting skang, si comelku akn kembali menceriakan kehidupan kami sekeluarga... horey...horey...

Sunday, 23 October 2011

happy weekend..

1st time bwk anak teruna ku mandi manda. memula takut, dah lelama skit xcited berendam dlm air. actually planning asal nak pegi on saturday, tp terpaksa dibatalkan coz hujan lebat pada jumaat petang. takut air naik n keruh. di sbbkn tujuan utama kami ke hutan lipur kancing ni utk ank teruna kami, so kami hanya 'lepaking' di aras paling bawah jer. kata hubby, kat atas sesuai utk org dewasa tp next time we oll naik atas la. kali ni bg can utk anak teruna mandi dulu.. mahal juga nak masuk dlm ni, parking rm 2 + 2org dewasa rm2 = rm 4 sekali masuk. mcm 2 haiwan ada kat dlm ni. monyet, parrot, ular n rabbit. saper yg nk amik gambar pegang ular or parrot pun bleh. hopefully my son enjoyed today before dia di tinggalkan di kampung selama 3 mgu..


perasaan takut msh menyelubungi jiwa nya

cubaan untuk bermain bola

say hii syg

happy moment with papa

kita rest dulu

berehat sebantar bersama coklat n mister potato

suka nya saya..

begitu menghayati udara nyaman n segar

splash water with papa


muka kepenatan n puas

Friday, 7 October 2011

HIS NEW SPORT CAR a.k.a HIS NEW BED

betapa senangnya nak tidokn anak teruna ni.. asl masuk dlm keta jer, dia tdo. asal tdo jer, dia masuk keta. hehe.kerja2 ku bertambah mudah dgn katil baru syahmi muqri ini.. hehehe. jom layanzzz.



Friday, 5 August 2011

setahun suda..

owh... pejam celik, pejam celik suda setahun umur syahmi muqri. cepatnye masa berlalu.
mummy masih ingt saat2 melahirkn kamu.. betapa indahnya segala yg tuhan ciptakn utk umatnya.
sukar utk gambarkn betapa sakitnya contraction ketika bertarung utk keluarkn seorg bayi. tp bila melihat tubuh comel n gebus, hilang segala kesakitan yg di lalui selama beberapa jam..


lahirnye khalifah kecil di dunia ini memberi seribu keinsafan, kekuatan dan kesabaran kepada seorg insan yg b'gelar ibu. syukur alhamdulillah dgn segala rezeki yg diberikn.

SYAHMI MUQRI (ahli ibadat yg berani, mulia dan bijak).... betapa mummy & papa sygkn kamu. betapa bangga kami memiliki kamu. betapa bersyukur kami dikurniakn kamu. doa kami semoga kamu menjadi ank yg soleh di dunia dan akhirat seperti mana maksud nama kamu..ameen..







 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
and now (3/8/2011)





      

Wednesday, 27 July 2011

sYaHmi mUQri...

andai kata kamu baca blog ini, jgn lupa jenguk blog maksu . xsangka mummy maksu buat entry khas utk syahmi muqri.... ssaaaaaayaaaanggggg maksu