Showing posts with label my product. Show all posts
Showing posts with label my product. Show all posts

Sunday, 12 February 2012

Done!!

Alhamdulillah...
I've finished my first task!!
Tempahan sebiji RVC yang pertama telah selesai..
Hopefully my customer satisfied with cake decoration and the taste.
Nasib baik juga customer xnak wording atas kek. Kalau tak jenuh nak kena practice dulu sebelum menulis atas kek. 
TQ so much kepada mr hubby tersayang kerana sedikit sebanyak telah menyumbangkan idea untuk mendeko RVC ini dan menolong menjaga Syahmi Muqri semasa isterinya bertungkus lumus menyiapkan RVC ini. :)
Inilah hasilnya.................


banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam mendeko kek


practice make perfect...


inside the box

ready to delivery

Thursday, 9 February 2012

My First Task

Owh.... i not expected one day, someone will order a cake from me. Saya bukan seorang yang expert dalam baking membaking ni. I'm just a beginner!!!
The first word yang keluar dari mulut saya after she ask to order the red velvet cake (RVC) was 

'HAAAAAAHHH.... Are u sure kak????'
I baked RVC once only. After that no more RVC. Mayb i'm lucky my 1st trial boleh dikatakan agak menjadi.

Then i asked her 
'akak berani ambil risiko ker tempah kek dengan saya? camana kalu saya buat xsedap mcam yang akak pernah rasa dulu? camana kalu saya deco xcantik?'. Seriously i'm really2 not confident with myself. hehehe

Then she said 'it's okey.. i xkisah. brape harga kek tu yer?'

Mak oiii.. siap tanya harga. kek ntah jadi ntah tidak pun belum tau lagi..hehehe. 

'xper, harga tu next time kita discuss. suzie pun xtau brape harga yang patut suzie letak' 

Okey... since rakan sekerja saya itu telah memberi sepenuh kepercayaan dia kat saya, saya rasa sedikit confident untuk mengambil tempahan RVC. As, she's my first costumer, saya akan cuba buat yang terbaik, and harga pun mestilah sangat berdiskaun.. TQ so much atas kepercayaan kamu pada RVC saya.

Sabtu ni adalah penentu segala-galanya... Cehh lebih2 lak aku ni., macam nak gi berperang pun ada. Hahaha... Of course la sebab memang saya akan berperang dari dapur kecilku.

***needs to review my previous RVC***









Tuesday, 24 January 2012

Biz..

tetiba rasa cam nak wat business..
business buah-buahan sudah..
business ........... in da making

Saturday, 21 January 2012

Bread Nugget Crispy (BNC)

BNC? cam best jer namanya.. ngehngehngeh..
Sebenarnya idea untuk buat BNC ni datang secara tetiba setelah aku terlihat roti yang tak terusik setelah 2 hari menbelinya. Di tambah lak bila ternampak lebihan bread crump. So mulala otak aku terfikir untuk mencuba resepi baru. Aku xtau samada resepi ni pernah wujud atau tidak.. But i guess mestila ada kot sbb resepi ni sgt simple. Tak kisahla samada pernah wujud atau tak, yang penting hubby aku suka sgt dengan resepi ni. Jom kita kongsi resepi yang mudah, cepat dan crispy ini..

Bread Nugget Crispy


Bahan-bahan :

Roti gardenia
Telur
Bread crump

Cara-cara:
  1. 2 keping roti gardenia di kepilkan. Potong mengikut saiz yang di sukai.
  2. Celupkan roti yang telah di potong ke dalam telur.
  3. Ratakan permukaan roti dengan bread crump. 
  4. Goreng sehingga keperangan


**Optional : boleh dip dgn sos cili atau jalapeno cheese atau mayonis.
                  : Jika tidak suka dip dengan apa2 sos, boleh la intikan roti dengan sardin.

    Tuesday, 17 January 2012

    Bawang oh bawang

    Bawang? Apa yang special sangat dengan bawang ni? Ni yang nak citer kelebihan bawang ni... Actually banyak kelebihan bawang sebenarnya. Selain di gunakan dalam masakan untuk menanbahkan kelazatan masakan itu sendiri, banyak lagi khasiat bawang ini. Pakar perubatan mendapati bawang merah mampu mengurangkan risiko penyakit kanser serta merendahkan paras kolesterol. manakala bawang putih pula mampu melindungi dari penyakit jantung serta mempngandungi bahan antibiotik yang boleh menghapuskan 60 jenis kulat dan 20 jenis bakteria. Di samping itu juga bawang mampu mengurangkan keguguran rambut dengan cara melumurkannya di atas kepala... APA!!!!!!... hehehe.

    Actually, aku baru sahaja menggunakan produk anti keguguran rambut iaitu Syampou Bawang.. after few month delivered my son, rambut aku telah gugur dengan jayanya hinggalah sekarang.


    Bermacam2 produk rambut aku guna, but still not worth it. Dari produk tradisional hinggalah produk terkini, keadaan tetap x berubah. So, before keadaan makin worse n jadik cam ni di bawah ni......... i know i've to do sumthin'

    cam comel la plak
    Setelah di google2 n membaca testimoni dr blog2 yg berkenaan, aku n hubby tertarik dgn syampoo ni. Hubby? Oh ya, hubby aku juga mengalami masalah yg sama. But before this, my hubby pernah dapatkan rawatan di Y__N__. Huh, for only 8x treatment the charges was more than 3k. Mmg keberkesanannya ada. Tp sgt slow. Maybe kena dapatkan treatment yang berterusan barulah boleh jadi cam model Y___ N__ tu. Tp koman2 kena sediakan duit more than 10K la pulak.. hai2 bye2 jer la jawabnya.

    Okey, berbalik pada syampoo Bawang ni, kami bersetuju untuk mencuba set syampu anti keguguran rambut dengan conditioner. Lagipun ada tanda halal pada produk ni. First time guna, kulit kepala rasa ok sangat. Baunya pulak not so bad (rasanya produk YN lagi busuk). Sejauhmana keberkesannan syampu ni masih belum diketahui... nanti after 1 month trial, aku update dalam blog yer..

    Inilah rupa paras syampu Bawang yang aku tengah cuba........